Kuih Talam Berlauk

Kuih Talam Berlauk
recipe-cook-time
6 orang
Description
Keterangan Resipi

Salah satu resepi tradisi yang menyelerakan. Gabungan warna yang menarik membuatkan semua tertarik kepada Kuih Talam Berlauk ini.

Method
Penyediaan Peringkat Akhir
  1. Tuangkan sos ke atas kuih talam terdahulu. Selepas itu, taburkan inti keatasnya.
  2. Taburkan bahan-bahan hiasan mengikut susunan diikuti geragau kering, cili merah, cili hijau, daun bawang.
  3. Kukuskan selama 15-20 minit lagi sehingga masak dan keluarkannya.
  4. Taburkan bawang goreng dan daun sup.
  5. Potong dan sedia dihidangkan.
Kuih
Ingredients
Bahan-bahan
230 gm Tepung beras
20 gm Tepung ubi kayu
12 gm SERI-AJI® Perencah Nasi Goreng Kampung
200 gm Ubi keladi, dipotong dadu kecil & masak sehingga lembut
300 ml Santan
700 ml Air
Secukup rasa SaltGaram
Method
Cara Menyediakan
  1. Campurkan tepung beras dan tepung ubi kayu.
  2. Larutkan garam dan Perencah Nasi Goreng Kampung SERI-AJI® dengan air dan masukkan ke dalam campuran tepung beras dan tepung ubi kayu tadi.
  3. Masukkan santan ke dalam campuran tadi. Kacau semua bahan-bahan sehingga sebati.
  4. Kemudian tuangkan ke dalam kuali dan masak sehingga ia menjadi sedikit pekat.
  5. Alaskan loyang dengan plastik makanan (lut sinar) dan sapukan sedikit minyak di sekelilingnya.
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang, dan masukan dadu ubi keladi. Kukuskan selama 30 minit.
Hiasan
Ingredients
Bahan-bahan
50 gm Udang kering geragau, dicuci & digoreng tanpa minyak hingga kering
50 gm Bawang goreng
1biji Cili merah, dibuang biji & dihiris halus
1biji Cili hijau, dibuang biji & dihiris halus
1 tangkai Daun bawang, dihiris halus
1 tangkai Daun sup, dihiris halus
Inti
Ingredients
Bahan-bahan
100 gm Ayam, dicincang
100 gm Udang, dicincang
12 gm Perencah Nasi Goreng Kampung SERI-AJI®
1 biji Bawang merah besar, dihiris halus
2 biji Bawang putih, dihiris halus
1 biji Cili merah, dihiris halus
2 biji Cili hijau, dihiris halus
1 sudu besar Pes kari
Secukup rasa Lada Berperisa AJI-SHIO®
Method
Cara Menyediakan
  1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga wangi. Kemudian masukkan pes kari, cili merah dan cili hijau. Tumiskan bahan-bahan ini sehingga naik bau.
  2. Masukkan ayam dan udang yang telah dicincang. Seterusnya taburkan Perencah Nasi Goreng Kampung SERI-AJI®. Kacau sehingga masak dan ketepikan.
Sos
Ingredients
Bahan-bahan
10 biji Cili merah, dikisar
1 sudu besar Gula merah, dididih dengan 50 ml air
1 sudu besar Sos cili
1 sudu besar Perencah Nasi Goreng Kampung SERI-AJI®
Secukup rasa Gula
Method
Cara Menyediakan
  1. Panaskan kuali tanpa minyak. Tumiskan cili merah yang siap dikisar sehingga naik bau dan pecah minyak.
  2. Masukkan sos cili dan gula merah. Kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan gula secukup rasa dan Perencah Nasi Goreng Kampung SERI-AJI®. Kacau sehingga pekat dan ketepikan.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
Seri-Aji® Kampung Style Fried Rice Recipes
Seri-Aji® Kampung Style Fried Rice Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg