Labu Goreng bersama Serbuk Cili
25 minit
5 hidangan

Labu yang lembut dan sedikit pedas. Enak dimakan bersama nasi putih.
Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan

Calories
89.4 kcal

Carbohydrate
14.1 g

Protein
1.1 g

Fat
3.2 g

Sodium
160.1 mg

Bahan-bahan:
| 1 sudu besar | Minyak masak |
| 1/3 sudu kecil | Biji sawi |
| 1 biji sederhana | Bawang besar, dihiris |
| 1 tangkai | Daun kari |
| 400 g | Labu, dibuang kulit dan potong kepingan nipis |
| 100 ml | Air |
Bahan-bahan A: perasa
| 1/2 sudu kecil | Gula |
| 1/2 sudu kecil | Serbuk cili |
| 1/2 sudu kecil | Serbuk kunyit |
| 1/4 sudu kecil | AJI-NO-MOTO® |
| 1/3 sudu kecil | Gararm |

- Panaskan minyak masak didalam kuali, tumis biji sawi, bawang besar dan daun kari hingga bawang kuning keemasan.
- Masukkan labu, bahan perasa (A) dan air.
- Kacau rata dan tutup hingga labu lembut, dihidang panas.

Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 17% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.




