Lempeng Kelapa

25 minit

5 Hidangan

Lempeng Kelapa adalah hidangan sarapan pagi atau minum petang popular yang dibuat dengan mencampurkan adunan tepung bersama kelapa parut. Hasilnya adalah sejenis lempeng yang rangup dan sedikit kenyal dengan rasa kelapa yang manis.
Resepi Lempeng Kelapa ini mudah untuk dimasak dan sangat lembut serta sedap untuk dimakan. Lempeng Lempeng biasanya dimakan begitu saja atau bersama Sambal Tumis.

1 paket | Seri-Aji® Tepung Goreng Pisang 150g |
150 ml | Air |
2 cawan | Kelapa parut segar |
½ sudu kecil | Garam |
1 sudu kecil | Gula |
3 sudu besar | Minyak masak |

- Adunkan Seri-Aji® Tepung Goreng Pisang 150g bersama 150 ml air.
- Masukkan kelapa, garam dan gula ke dalam adunan. Gaul sebati.
- Lapkan permukaan kuali yang telah dipanaskan dengan sedikit minyak, kemudian tuangkan ½ cawan adunan.
- Masak sehingga kedua-dua belah lempeng perang dan sedikit garing.
- Ulangi sehingga adunan habis.


