Lempeng Teh Hijau bersama Epal

Lempeng Teh Hijau bersama Epal
Description
Keterangan Resipi

Lempeng Teh Hijau bersama Epal

Ingredients
Bahan-bahan
160 g Tepung halus, diayak
1 sudu besar Kanji ubi kentang
70g Gula kastor
1/8 sudu kecil Garam
¾ sudu kecil Serbuk penaik ‘double-action’
¼ sudu kecil Soda bikarbonat
1 sudu besar Serbuk teh hijau
1¾ sudu besar Air suam
3 Telur ayam (kecil)
80 g Dadih
95 g Susu sejuk
50 g Mentega cair
Sedikit Minyak

Bahan-bahan A: epal

2 biji Epal, kupas kulit dan potong dadu
Sedikit Garam
1 sudu besar Jus lemon
5 paket Pemanis Pal-Sweet®
Method
Cara Menyediakan
  1. Cara sediakan epal delight, masak epal bersama garam dan jus lemon di dalam periuk, di atas api kecil sehingga epal lembut dan kering.
  2. Padamkan api, campur-gaul dengan Pemanis Pal-Sweet®, sejukkan.
  3. Bagi menyediakan pancake, masukkan tepung, kanji kentang, gula, garam serbuk penaik dan soda bikarbonat ke dalam mangkuk dan kacau.
  4. Campurgaulkan serbuk teh hijau dan air suam secara berasingan.
  5. Juga pukul telur, dadih, susu dam mentega secara berasingan sehingga sebati. Masukkan campuran teh hijau dan kacau.
  6. Tuangkan campuran teh hijau ke dalam campuran tepung, pukul rata. Jangan terlebih kacau. Tambahkan sedikit susu jika adunan terlalu kembang.
  7. Panaskan kuali anti-lekat di atas api sederhana, sapukan sedikit minyak, tuangkan adunan membentuk bulat.
  8. Masak selama 1 minit, terbalikkan dan biarkan masak.
  9. Hidang bersama epal delight.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
Pal Sweet® Recipes
Pal Sweet® Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg