Lontong Goreng
30 minit
10 Hidangan
Tonton Video Memasak
Keterangan Resipi
Lebihan nasi himpit daripada hidangan lebaran pertama dan rasa membazir? Jangan buang! Tambah beberapa bahan mudah dan goreng, kemudian ia boleh menjadi hidangan yang baru. Lontong Goreng yang mudah disediakan dan enak.
Bahan-bahan
4 sudu besar | Minyak masak |
2 biji | Bawang besar, dihiris |
2 sudu besar | Cili kisar |
1 sudu besar | Sos cili |
100 g | Sawi, dipotong dan diasingkan daun dan batang |
50g | Lobak merah, dihiris mancis |
200 g | Isi dada ayam, dipotong dadu |
3 batang | Kek ikan, dihiris |
2 biji | Telur |
3 biji | Nasi himpit, bersaiz besar, dipotong dadu |
3 sudu besar | Kicap manis |
2½ sudu kecil | Rasa Sifu™ Penambah Perasa Semua Dalam Satu |
½ sudu kecil | AJI-SHIO® Lada Berperisa |
Bahan sampingan
1 batang | Cili merah, dihiris |
2 tangkai | Daun sup, dipotong |
2 sudu besar | Bawang besar |
Cara Menyediakan
- Panaskan minyak masak. Tumiskan bawang besar, cili kisar dan sos cili sehingga pecah minyak.
- Masukkan batang sawi, isi ayam dan kek ikan. Goreng sehingga masak sepenuhnya.
- Ketepikan bahan-bahan di dalam kuali dan masukkan telur, gorengkan telur sehingga hampir masak.
- Masukkan nasi himpit, sawi, lobak merah dan kicap manis. Goreng sehingga sekata.
- Perasa dengan Rasa Sifu™ Penambah Perasa Semua Dalam Satu dan AJI-SHIO® Lada Berperisa.
- Tabur bahan sampingan di atas dan sedia untuk dihidang.
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
Rasa Sifu® Recipes