Luo Han Zai (Hidangan Sayur Istimewa)

25 minit

6 Hidangan

Hidangan sayur yang lazat dengan pelbagai jenis sayuran, hidangan yang sesuai untuk dinikmati bersama nasi putih panas

200 g | Sawi jepun, dibasuh |
2 sudu besar | Minyak masak |
½ tin | Cendawan butang, dibelah dua |
½ tin | Jagung muda, dibelah dua memanjang |
½ tin | Cendawan jerami, dibelah dua |
1 biji | Tauhu merah jeruk |
10 g | Suhun, direndam |
½ sudu besar | Tepung ubi kentang, dicampur 1 sudu besar air |
Bahan-bahn A:
3 biji | Cendawan hitam, direndam dalam air, dihiris |
10 g | Kulat hitam, direndam dalam air, dihiris |
50 g | Lobak merah, dihiris |
3 keping | Tauhu kering, dihiris |
1 sudu kecil | AJI-NO-MOTO® |
1 sudu kecil | AJI-SHIO® Lada Berperisa |
200 ml | Air |

- Potong sawi Jepun, kemudian rebus didalam air mendidih dan letakkan di sekeliling pinggan. Ketepikan.
- Panaskan minyak, tumis cendawan butang, jagung muda, cendawan jerami dan tauhu merah jeruk.
- Masukkan semua bahan (A), tumis hingga masak.
- Masukkan suhun dan pekatkan dengan bancuhan tepung ubi kentang.
- Tuang di tengah-tengah sawi Jepun. Hidangkan panas.




