Makaroni Keju Bakar


6 orang


Mencari hidangan yang lazat dan mudah? Cuba Makaroni Keju Bakar! Hidangan ini mudah dibuat dan boleh dinikmati oleh semua untuk makan malam yang ringkas atau sebagai snek.
Cubalah Resepi Makaroni Bakar Berkeju daripada kami. Gabungan Makaroni, keju dan cendawan bersama AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa menjadikan hidangan ini digemari ramai.

Bahan-bahan A:
3 liter | Air |
1 sudu besar | Cooking oil |
1 sudu kecil | Salt |
250 g | Macaroni |
Bahan-bahan B:
50 g | Mentega |
100 g | Bawang kuning, dipotong dadu |
3 ulas | Bawang putih, dicincang |
100 g | Isi ayam, dipotong dadu |
100 g | Lobak merah, dipotong dadu |
5 biji | Cendawan butang, dihiris |
3 sudu kecil | AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa |
¼ sudu kecil | Rempah Itali |
2 sudu besar | Tepung gandum |
1 cawan | Air |
1 cawan | Krim masakan |
250 g | Keju mozzarella, diparut |

- Didihkan air, perasakan dengan garam dan minyak masak.
- Masukkan makaroni dan didihkan sehingga masak, tapis dan ketepikan.
- Cairkan mentegas, kacau goreng bawang kuning dan bawang putih sehingga sedikit keperangan.
- Masukkan isi ayam, goreng sehingga sedikit keperangan.
- Masukkan lobak merah dan cendawan butang, goreng sehingga masak.
- Perasakan dengan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa dan rempah Itali.
- Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga rata.
- Masukkan air, krim masakan dan separuh daripada keju mozzarella. Didihkan sehingga pekat.
- Masukkan makaroni yang telah di masak dan kacau sebati.
- Taburkan lebihan keju mozzarella.
- Bakar pada suhu 180°c selama 15 min.
- Keluarkan dari ketuhar dan sedia untuk dihidang.


