Manisan Labu dengan Kulat Putih

Produk Yang Digunakan Untuk Resipi


Manisan Labu dengan Kulat Putih

Bahan-bahan:
¼ biji (Kira-kira 2 cawan) | Labu |
100 g | Kacang hijau belah |
2-3 helai | Daun pandan |
1 liter | Air |
½ tin/200 ml | Susu sejat |
50 g | Kulat putih, direndam dan dicarik-carik |
Secukup | Pemanis Kalori Rendah Pal Sweet® |

1.
Buang kulit dan biji labu, potong dan didih, kukus ataupun bakar dalam ketuhar gelombang hingga lembut.
2.
Rendam kacang hijau belah selama ½ jam, didihkan dengan daun pandan dan air hingga lembut.
3.
Satukan labu dengan kacang hijau, kisar hingga halus.
4.
Dalam kuali leper, didihkan campuran labu dan kacang hijau, susu sejat dan kulat putih hingga halus. Angkat setelah didih.
5.
Bubuh Pemanis Kalori Rendah Pal Sweet® hingga cukup rasa.
Disqus comment