Mee Daging ala Kanton

Mee Daging ala Kanton
Description
Keterangan Resipi

Mee Daging ala Kanton

Ingredients
Bahan-bahan
4 sudu besar Minyak masak
1 sudu teh Minyak bijan
1 sudu teh Bawang putih cincang
1 sudu besar Kicap cair
½ sudu teh Kicap pekat
500 g Kuey teow
50 g Halia muda, dihiris
1 sudu teh Tepung jagung, digaul dengan 1 sudu besar air
1 biji Telur, dipukul
Secukup Garam

Bahan-bahan A: perap selama 10 minit

250 g Filet daging lembu, dihiris nipis
1 sudu teh Kicap cair
½ sudu teh Lada Berperisa AJI-SHIO®
1 sudu teh Tepung jagung

Bahan-bahan B: disatukan menjadi stok

1 sudu besar Perencah Pati Ayam TUMIX®
¼ sudu teh Lada Berperisa AJI-SHIO®
500 ml Air
½ sudu teh Gula
1 sudu besar Kicap cair
1 sudu besar Sos tiram

Bahan-bahan C:

50 g Kacang pis manis
2 – 3 kuntum Cendawan shiitake, dihiris
50 g Lobak merah, dipotong bentuk bunga
1 tangkai Daun bawang, dipotong 2 sm
Method
Cara Menyediakan
  1. Panaskan kuali, tambah 2 sudu besar minyak masak dan minyak bijan. Kacau segera bawang putih dengan kicap cair, kicap pekat dan kuey teow. Angkat.
  2. Celur daging(A) sekejap dan ketepikan.
  3. Dengan 2 sudu besar minyak, tumis halia dan bahan-bahan(B). Biar mereneh.
  4. Tambah bahan-bahan(C) dan air tepung jagung sebagai pemekat kuah. Gaul masuk telur diikuti dengan daging (A).
  5. Siram kuah bersama daging di atas kuey teow goreng dan hidang serta-merta.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
TUMIX® Chicken Stock Recipes
TUMIX® Chicken Stock Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg