Mi Leper


Ini adalah hidangan tradisi masyarakat Cina di Malaysia. Rasa klasik Pan Mee diwarisi dan masih menjadi kegemaran di negara ini. Perencah Pati Ayam TUMIX®, Lada Berperisa AJI-SHIO®, Perencah Ikan Bilis TUMIX® dan AJI-NO-MOTO® PLUS membentuk gabungan penting yang menambah rasa pan mee buatan rumah anda.

500 g | Mi Leper |
200 g | Bayam, dicuci |
30 g | Cendawan hitam (wood fungus), dicuci dan direndam, dihiris halus |
10 biji | Bebola ayam |
1 ketul | Kek ikan, dihiris |
60 g | Ikan bilis goreng |
Some | Fried shallots |
Sedikit | Bawang merah goreng, Cili padi, dihiris |
300 g | Ayam kisar |
1 sudu teh | Perencah Pati Ayam TUMIX® – digoreng |
½ sudu teh | Lada Berperisa AJI-SHIO® – digoreng |
½ sudu teh | Kicap pekat – digoreng |
Bahan-bahan sup:
2 liter | Air |
1 ½ sudu besar | Perencah Pati Ikan Bilis TUMIX® |
1/3 sudu teh | AJI-NO-MOTO® PLUS |

- Untuk menyediakan sup, satukan semua bahan sup dan didihkan.
- Celur pan mee dalam air didih. Tos dan letak di dalam 4 atau 5 mangkuk individu.
- Tambahkan bebola ayam ke dalam sup, biar reneh selama beberapa minit. Masukkan sayur.
- Satukan cendawan hitam, kek ikan, ayam kisar, ikan bilis dan mee. Tambah sup dan bawang goreng, hidang panas dengan cili padi.






