Mi Tuaran Bersama Ayam Char Siu

Mi Tuaran Bersama Ayam Char Siu
Description
Keterangan Resipi

Mi Tuaran Bersama Ayam Char Siu

Ingredients
Bahan-bahan

Bahan-bahan: Ayam Char Siu

170 – 190 g Paha ayam, dibuang tulang

Bahan-bahan A: perasa (Ayam Char Siu)

1 sudu besar Kicap cair
1 sudu besar Sos Hoisin
½ sudu kecil Rempah ‘5 spice’
½ sudu kecil Perencah Pati Ayam TUMIX®
2 sudu besar Gula kastor atau secukup rasa
Sedikit Pewarna makanan merah, jika perlu
1 sudu besar Madu

Bahan-bahan: Mi

5 sudu besar Minyak masak
22 biji Mi wantan segar (saiz kecil)
1 sudu besar Minyak bijan
2 biji Telur, dipukul rata
3 – 4 tangkai Sawi Jepun
1 tangkai Daun bawang, dicincang
½ tangkai Cili merah, dihiris

Bahan-bahan B: perasa (dicampurkan)

1 sudu besar Kicap cair
½ sudu kecil Lada Berperisa AJI-SHIO®
1½ sudu kecil Perencah Pati Ayam TUMIX®
½ sudu kecil Garam
¼ sudu kecil Gula
1 sudu kecil Minyak bijan
150 ml Air
Method
Cara Menyediakan
  1. Gabungkan kesemua bahan perasa (A) di dalam mangkuk. Masukkan daging ayam. Perap selama beberapa jam untuk memastikan perapan diserap sepenuhnya supaya ayam lebih berperisa.
  2. Panaskan kuali tanpa lekat dengan sedikit minyak. Letakkan daging ayam yang telah diperap dan goreng sehingga ayam masak sepenuhnya. Ketepikan selama 5 – 10 minit dan dipotong nipis.
  3. Panaskan kuali dengan 3 sudu besar minyak hingga panas. Leraikan ketulan mi dan masukkan ke dalam kuali. Kacau rata mi dan biarkan goreng seketika, kacau mi dengan sepasang penyepit untuk memastikan mi digoreng rata. Terbalikkan mi dan goreng seketika lagi. Keluarkan.
  4. Didihkan seperiuk air, masukkan mi yang telah digoreng (Jangan masukkan terlalu banyak pada satu masa.) Pastikan suhu air adalah tinggi, keluar dan tuskan mi.
  5. Panaskan kuali dengan 2 sudu besar minyak dan 1 sudu besar minyak bijan. Masukkan telur dan sebaik sahaja telur menjadi separuh masak, masukkan sawi Jepun dan mi wantan. Kacau rata bersama bahan perasa (B). Gaul pantas.
  6. Keluarkan mi susun kepingan char siu, hirisan daun bawang dan cili merah sebagai hiasan.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
TUMIX® Chicken Stock Recipes
TUMIX® Chicken Stock Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg