Mousse Beri

Produk Yang Digunakan Untuk Resipi


Mousse Beri

Bahan-bahan:
150 g | Strawberi segar |
85 g | Beri hitam |
85 g | Raspberi |
6 peket kecil | Pemanis Kalori Rendah Pal Sweet® |
½ sudu besar | Jus lemon segar |
½ cawan | Air |
1 sudu besar | Serbuk gelatin |
450ml | Krim putar rendah lemak bukan tenusu |
Garnishing:
3 biji | Strawberi, dipotong setengah |
6 biji | Raspberi |
6 biji | Beri hitam |

1.
Buah beri dijadikan puri dan tapis keluar biji-biji buah beri.
2.
Gaul masuk Pemanis Kalori Rendah Pal Sweet® dan jus lemon. Ketepikan.
3.
Tuangkan air ke dalam kuali kecil, taburkan gelatin. Biar rehat selama 5 minit.
4.
Kacau di atas api perlahan sehingga gelatin larut keseluruhannya.
5.
Satukan gelatin dengan campuran beri dan simpan dalam peti sejuk selama 1 jam.
6.
Pukul krim putar hingga kental. Ketepikan.
7.
Pukul campuran gelatin dengan kelajuan tinggi sehingga gebu.
8.
Tambah krim putar, pukul dengan kelajuan perlahan sehingga sebati.
9.
Sendukkan ke dalam gelas pencuci mulut. Simpan dalam peti sejuk selama 2-3 jam.
Disqus comment