Nasi Ayam ‘Claypot’


5 Hidangan


Kalau nak tahu, Nasi Ayam Claypot boleh di masak dengan menggunakan periuk nasi!
Rasa nya macam mana? Tak jauh beza macam yang ada di medan selera tu. Wajib cuba.

¼ cawan | Ikan Masin, direndam dan ditapis |
3 keping | Isi Peha Ayam tanpa Tulang, dipotong dadu |
2 ulas | Bawang Putih, dicincang |
1 inci | Halia, dicincang |
2 sudu besar | Kicap Cair |
1 sudu besar | TUMIX® Perencah Pati Ayam |
3 sudu besar | Minyak Masak |
1 biji | Bawang Merah, dihiris |
4 biji | Cendawan Shiitake Kering, direndam air panas, ditapis dan dihiris |
2 cawan | Beras |
1 sudu besar | Minyak Bijan |
2 sudu besar | Kicap Pekat |
2½ cawan | Air |
1 tangkai | Daun Bawang, dihiris |

- Goreng ikan masin, tumbuk hingga menjadi kepingan dan ketepikan.
- Dalam mangkuk, campurkan ayam dengan bawang putih, halia, kicap cair dan ½ sudu besar TUMIX® Perencah Pati Ayam, gaul sehingga ayam bersalut rata. Ketepikan dan perap sekurang-kurangnya 30 minit.
- Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang merah, cendawan shiitake kering dan ayam perap, tumis hingga naik bau.
- Masukkan beras, minyak bijan dan kicap pekat, kacau rata. Pindahkan ke dalam periuk nasi dan masukkan air. Hidupkan suis dan biarkan ia masak.
- Tabur kepingan ikan masin dan daun bawang di atas.


