Nasi Ayam Hainan


5 Hidangan

Nak tau rahsia untuk mencapai rasa ayam yang lembut, harum, wangi dan sedap macam di restoran? Di resipi ini, kami kongsikan rahsianya! Hidangkan bersama halia tumis goreng, sedap tak terkata!

Bahan-bahan: Nasi Ayam
500 g | Beras, direndam selama 20 minit dan tapis |
2 sudu besar | Mentega |
5 ulas | Bawang Putih, dicincang |
1 inci | Halia, dihiris |
1 batang | Kulit Kayu Manis |
1 biji | Bunga Lawang |
2 helai | Buah Pelaga |
2 biji | Daun Pandan, ikat menjadi simpul |
600 ml | Air |
1 sudu besar | TUMIX® Perencah Pati Ayam |
Bahan-bahan: Ayam Hainan
3 ketul | Peha Ayam Penuh, dicuci dan ditos |
2 liter | Air |
2 inci | Halia |
3 ulas | Bawang putih |
½ biji | Bawang Kuning |
3 tangkai | Daun Bawang, diikat simpul |
2 tangkai | Daun Ketumbar, diikat simpul |
1 sudu besar | TUMIX® Perencah Pati Ayam |
2 sudu besar | Minyak Bijan |
Bahan-bahan: Sos Kicap
4 sudu besar | Air Rebusan Ayam Panas |
4 sudu besar | Kicap |
2 sudu besar | Minyak Bijan |
2 sudu besar | Gula |
Bahan-bahan: Sos Cili
7 batang | Cili Merah, dibuang biji |
3 ulas | Bawang Putih |
½ inci | Halia |
150 ml | Air |
1 sudu besar | Sos Cili |
1 sudu besar | Sos Tomato |
1 sudu kecil | Cuka |
½ sudu kecil | Garam |
1 sudu kecil | Gula |
Bahan-bahan: Halia Goreng
¼ cawan | Minyak Masak |
250 g | Halia Kisar |
3 helai | Daun Bawang |
½ sudu besar | Sos Tiram |
1/8 sudu kecil | Minyak Bijan |
1/8 sudu kecil | Garam |
Bahan Sampingan:
½ batang | Timun, dihiris |
2 tangkai | Daun Bawang, dicincang |

Cara menyediakan: Nasi Ayam
- Cairkan mentega, tumis bawang putih dan halia bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau.
- Masukkan beras dan daun pandan. Kacau sebati dan masukkan ke dalam periuk nasi elektrik.
- Tuangkan air dan TUMIX® Perencah Pati Ayam dan kacau sekata. Biarkan ia masak.
- Hidangkan bersama hirisan ayam Hainan, hirisan timun dan taburkan daun bawang.
Cara menyediakan: Ayam Hainan
- Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk kecuali TUMIX® Perencah Pati Ayam dan minyak bijan. Biarkan mendidih.
- Kemudian kecilkan api, masukkan TUMIX® Perencah Pati Ayam, biarkan ia terus masak selama 8 minit.
- Tutup api, tutup penutup dan ketepikan selama 45 minit.
- Cucuk ayam dengan ‘chopstick’, jika tiada darah yang keluar bermakna ayam telah masak sepenuhnya. Keluarkan ayam dan rendam dalam mangkuk berisi air sejuk selama 5 minit.
- Pindahkan ke pinggan hidangan dan sapu minyak bijan.
- Sedia dihidangkan bersama nasi ayam dan sos.
Cara menyediakan: Sos Kicap
- Tuangkan semua bahan sos ke dalam kuali dan biarkan mendidih.
Cara menyediakan: Sos Cili
- Kisar semua bahan sos menggunakan pengisar dan tuangkan ke dalam kuali, masak sehingga mendidih.
Cara menyediakan: Halia Tumis-Goreng
- Panaskan minyak dalam kuali dan tumis halia hingga naik bau dan keperangan.


