Nasi Ayam Madu


5 Hidangan


Nasi Ayam Madu sememangnya padu! Perapkan ayam bersama TUMIX® Perencah Pati Ayam, panggang dengan oven atau air-fryer dan salutnya dengan madu. Nasinya pula berbau wangi dengan aroma pandan, kulit kayu manis, bunga lawang berserta bawang-bawang, pasti menambat selera!

Bahan-bahan: Nasi Ayam
500 g | Beras, direndam selama 20 minit dan tapis |
2 sudu besar | Mentega |
5 ulas | Bawang Putih, dicincang |
1 inci | Halia, dihiris |
1 batang | Kulit Kayu Manis |
1 kuntum | Bunga Lawang |
2 biji | Buah Pelaga |
2 helai | Daun Pandan, ikat menjadi simpul |
600 ml | Air |
1 sudu besar | TUMIX® Perencah Pati Ayam |
Bahan-bahan: Ayam Madu
½ | Ayam, dibersih dan toskan |
½ sudu besar | TUMIX® Perencah Pati Ayam |
1 sudu besar | Serbuk Jintan Manis |
1 sudu besar | Serbuk Jintan Putih |
1 sudu besar | Serbuk Kunyit |
1 sudu besar | Serbuk Cili |
3 sudu besar | Minyak Masak |
3 sudu besar | Madu |
Bahan sampingan:
½ tangkai | Timun, dihiris |
2 tangkai | Daun Bawang, dihiris |

Cara menyediakan: Nasi Ayam
- Cairkan mentega, tumis bawang putih dan halia bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau.
- Masukkan beras dan daun pandan. Kacau sebati dan masukkan ke dalam periuk nasi elektrik.
- Tuangkan air dan TUMIX® Perencah Pati Ayam dan kacau sekata. Biarkan ia masak.
- Hidangkan bersama hirisan ayam madu, hirisan timun dan taburkan daun bawang.
Cara menyediaan: Ayam Madu
- Perapkan ayam bersama kesemua bahan-bahan dan TUMIX® Perencah Pati Ayam (kecuali madu), selama 30 minit.
- Letakkan perapan ayam di atas dulang pembakar dan ketepikan.
- Panaskan ketuhar atau penggoreng udara pada suhu 170˚C.
- Panggang ayam selama 45 minit atau penggoreng udara selama 35-45 minit dan mungkin perlu memeriksa selepas 35 minit dan masak lagi sekiranya belum masak (bergantung pada prestasi penggoreng udara).
- Keluarkan ayam dari ketuhar dan sapu madu di atas ayam. Panggang lagi selama 5 minit.
Sedia untuk dihidang bersama nasi ayam.
Sila login/daftar untuk melihat resipi eksklusif yang penuh.


