Nasi Beraneka Lauk

Nasi Beraneka Lauk
Description
Keterangan Resipi

Bawang potong, isi ayam, kentang wedges, hirisan ginseng, serai dan nasi bijirin panjang. Apa hidangan yang boleh dihasilkan? Ia semestinya nasi berempah yang anda idamkan. Ini tidak mungkin dapat dilakukan tanpa bahan rahsianya Lada Berperisa AJI-SHIO® dan Perencah Pati Ayam TUMIX®.

Ingredients
Bahan-bahan
1 sudu teh Minyak masak
45 -50 g Bawang besar, dicincang
120 g Paha ayam tanpa tulang, dipotong dadu
1 biji Ubi kentang, dipotong baji
2 cawan Beras butir panjang
15 g Tong Kwai (Angelica Sinensis)

Bahan-bahan A:

2 helai Daun salam
2 helai Daun pandan, diikat simpul
1 tangkai Serai
400 ml Air

Bahan-bahan perencah B:

½ sudu teh Lada Berperisa AJI-SHIO®
½ – 1 sudu teh Garam
1½ sudu teh Perencah Pati Ayam TUMIX®
½ sudu teh Gula
Method
Cara Menyediakan
  1. Didihkan bahan-bahan A selama 8 – 10 minit sehingga stok beraroma. Singkirkan kesemua bahan dan ketepikan 350 ml stok.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, kacau-goreng bawang besar, tong kwai dan dadu ayam hingga naik bau. Tambah masuk ubi kentang dan kacau sebati.
  3. Pindahkan bahan campuran ke dalam periuk nasi. Masukkan beras dan perencah B. Tuangkan stok tadi dan masak hingga nasi tanak.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
TUMIX® Chicken Stock Recipes
TUMIX® Chicken Stock Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg