Nasi Beriani


6 orang

Nasi beriani adalah hidangan yang popular di Malaysia. Hidangan ini dimasak menggunakan beras basmati dan pelbagai rempah ratus. Hidangan ini juga boleh dimasak bersama dengan perapan ayam, daging lembu, atau kambing.
Resepi Nasi Beriani ini mengunakan campuran rempah yang dilazatkan dengan SERI-AJI® Perencah Nasi Goreng Ayam.

Bahan-bahan: kuah
3 sudu besar | Minyak sapi |
2 ½ sudu besar | Rempah beriani |
1 ½ paket | SERI-AJI® Perencah Nasi Goreng Ayam 26 g |
4 cawan | Beras basmathi, direndam 1 jam & dituskan |
½ cawan | Susu cair |
4 cawan | Air |
2 helai | Daun pandan |
4 titik | Pewarna kuning, dicampur dengan sedikit air |
2 tangkai | Daun ketumbar, dipotong |
2 sudu besar | Bawang goreng |
Bahan-bahan A: rempah
2 batang | Kulit kayu manis |
3 biji | Bunga lawang |
5 biji | Buah pelaga |
5 biji | Cengkih |
Bahan-bahan B: dikisar
1 biji | Bawang kuning, dikisar |
1 biji | Tomato, dikisar |

- Panaskan minyak sapi, tumis bahan-bahan (A) sehingga wangi.
- Masukkan bahan-bahan (B) dan tumis sehingga garing.
- Masukkan rempah beriyani dan SERI-AJI® Perencah Nasi Goreng Ayam 26 g. Tumis sehingga pecah minyak.
- Masukkan beras basmathi, susu cair, air dan daun pandan. Kacau rata.
- Masukkan kedalam periuk nasi elektrik, biarkan ia masak.
- Ketika nasi separuh masak, masukkan pewarna sedikit demi sedikit dan letakkan daun ketumbar. Biarkan nasi masak sepenuhnya.
- Hiaskan dengan bawang goreng dan sedia untuk dihidang.


