Nasi Beriyani dengan Lobak Merah dan Ayam

Anda sudah menjadi ahli?

Jadilah ahli kelab
yang menyeronokkan ini
untuk lebih banyak tip
masakan dan aktiviti PERCUMA

Bahan-bahan:
2 cawan Beras basmati, dicuci
1½ (besar) Lobak merah, diparut kasar
3 sudu besar Minyak sapi
1 inci Kulit kayu manis
2 biji Buah pelaga
1 biji Bunga cengkih
1 helai Daun pandan
1 biji (besar) Bawang besar, dihiris
2 biji Tomato, dipotong dadu kecil
2½ cawan Air
1 sudu besar Perencah Pati Ayam TUMIX®
Bahan-bahan perap dan ayam:
½ ekor Ayam, dipotong 6 ketul
5 ulas Bawang putih, ditumbuk halus
½ sudu teh Lada Berperisa AJI-SHIO®
½ sudu besar Perencah Pati Ayam TUMIX®
Bahan-bahan kisar A:
10 biji Cili hijau
½ sudu teh Biji lada putih
2 sudu teh Jintan putih
Hiasan:
1 tangkai Daun ketumbar (dipotong setengah)
25 g Bawang goreng
Cara Menyediakan
  1. Perap ayam dengan bawang putih, Lada Berperisa AJI-SHIO® dan Perencah Pati Ayam TUMIX® selama 2 jam.
  2. Satukan beras dengan lobak merah.
  3. Panaskan minyak sapi dalam periuk nasi, masukkan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, daun pandan dan hirisan bawang. Goreng hingga bawang besar layu dan berwarna perang.
  4. Masukkan ayam, tomato dan bahan-bahan kisar (A), kacau-goreng hingga naik bau.
  5. Tambah air dan Perencah Pati Ayam TUMIX® hingga cukup rasa. Masak hingga nasi tanak.
  6. Hias dengan daun ketumbar dan bawang goreng.

Kongsi Artikel Ini