Nasi Goreng Ayam Kunyit

45 minit

5 Hidangan


Hidangan nasi goreng yang lain dari yang lain. Ayam goreng kunyit yang sedap, penuh dengan rasa rempah bersama nasi goreng yang mudah disediakan.

Bahan-bahan: Ayam Kunyit
500 g | Isi dada ayam, dipotong dadu |
1 paket | Seri-Aji® Perencah Rempah Gorengan Serbaguna 26g |
100 g | Kacang panjang, dipotong 3 cm |
100 g | Lobak merah, dipotong mancis 3cm |
1 biji | Bawang kuning, dihiris |
Secukupnya | Minyak masak |
Bahan-bahan: Nasi Goreng
4 sudu besar | Minyak masak |
1 biji | Bawang besar, dihiris |
4 tangkai | Daun bawang, dipotong |
1 biji | Telur |
550 g | Nasi putih |
1 paket | Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Ayam 26g |

Cara menyediakan: Ayam Kunyit
- Gaul rata isi dada ayam bersama Seri-Aji® Perencah Rempah Gorengan Serbaguna 26g. Ketepikan.
- Panaskan minyak di dalam kuali dna goreng ayam sehingga masak dan garing. Angkat dan toskan minyak.
- Didalam kuali yang sama masukkan kacang panjang, lobak merah dan bawang kuning, goreng sehingga masak. Angkat dan toskan minyak. Gaulkan bersama ayam goreng tadi.
- Sedia untuk dihidang bersama nasi goreng.
Cara menyediakan: Nasi Goreng
- Panaskan minyak masak di dalam kuali, tumis bawang besar dan daun bawang sehingga naik bau.
- Ketepikan kesemua bahan didalam kuali, masukkan telur dan goreng sehingga hampir masak.
- Masukkan nasi dan Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Ayam 26g. Kacau-goreng sehingga sekata.
- Sedia untuk dihidang bersama ayam kunyit.


