Nasi Goreng Bunga Kantan
35 minit
5 Hidangan
Keterangan Resipi
Nasi goreng yang wangi dan beraroma. Lazat lagi seimbang.
Bahan-bahan
5 sudu besar | Minyak Masak |
30 g | Ikan bilis |
200 g | Isi dada ayam, dipotong dadu |
150 g | Kubis, dipotong kasar |
½ batang | Bunga kantan, dicincang |
2 biji | Telur |
550 g | Nasi putih |
1 paket | SERI-AJI® Perencah Nasi Goreng Kampung 26 |
Cara Menyediakan
- Panaskan minyak masak, goreng ikan bilis sehingga garing. Ketepikan.
- Dengan minyak yang sama, masukkan bunga kantan dan tumis sehingga naik bau.
- Masukkan ayam dan kubis, goreng sehingga hampir masak.
- Ketepikan kesemua bahan didalam kuali dan masukkan telur. Goreng sehingga masak dan gaul rata.
- Masukkan nasi dan taburkan 1 paket SERI-AJI® Perencah Nasi Goreng Kampung 26g, kacau sehingga sekata.
- Taburkan ikan bilis, kacau seketika. Hidangkan panas.
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
Seri-Aji® Kampung Style Fried Rice Recipes