Nasi Goreng Seafood

Resepi Nasi Goreng Seafood Paling Sedap dan Mudah
recipe-cook-time
5 orang
Description
Keterangan Resipi

Nasi Goreng Seafood ialah hidangan popular dalam kalangan masyarakat Cina. Gabungan nasi, sayur-sayuran, dan makanan laut merupakan salah satu cara untuk menikmati kesedapan makanan laut sebagai hidangan makan tengah hari atau malam.

Resepi Nasi Goreng Seafood daripada Ajinomoto Malaysia amatlah mudah dan ringkas. Hanya menggorengkan nasi bersama udang dan sotong kemudian menambahkan sayur-sayuran seperti lobak merah dan kacang panjang untuk nutrisi tambahan.

Ingredients
Bahan-bahan
5 ekor Sotong, dihiris
10 ekor Udang
1 paket SERI-AJI® Perencah Nasi Goreng Cina 26g
4 sudu besar Minyak masak
50 g Lobak merah, dipotong dadu
50 g Kacang panjang, dipotong kecil
2 biji Telur
4 cawan / 550g Nasi putih
Method
Cara Menyediakan
  1. Perapkan sotong dan udang bersama 1 sudu kecil SERI-AJI® Perencah Nasi Goreng Cina.
  2. Panaskan minyak masak, goreng sotong dan udang sehingga masak. Ketepikan.
  3. Dengan kuali yang sama, masukkan lobak merah dan kacang panjang. Kacau goreng seketika.
  4. Masukkan telur, goreng sehingga masak.
  5. Masukkan nasi dan taburkan 1 paket SERI-AJI® Perencah Nasi Goreng Cina® 26g, gorengkan hingga sekata.
  6. Masukkan udang dan sotong yang telah digoreng, gaul sebati.
  7. Hidangkan ketika panas.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
Seri-Aji® Yangchow Fried Rice Recipes
Seri-Aji® Yangchow Fried Rice Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg