Nasi Goreng Makanan Laut Mewah dan Keemasan

Nasi Goreng Makanan Laut Mewah dan Keemasan
25 minit
recipe-cook-time
10 Hidangan
Play Video Tonton Video Memasak
Description
Keterangan Resipi

Nasi goreng yang lazat dan beraroma yang kaya dengan rasa makanan laut.

Ingredients
Bahan-bahan
5 biji Telur, asingkan telur putih dan kuning telur
1100 g        Nasi putih 
120 ml Minyak masak
100 g Kekapis kering, direndam air panas selama 20 minit & dileraikan
6 batang Filamen ketam, dihiris
150 g Sotong, dibersihkan dan dipotong
15 ekor Udang, dibersihkan, dikupas dan dibuang urat
50 g Daun bawang, dicincang
3½ sudu besar Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Cina 72g

Hiasan

60 g Ebiko

 

Method
Cara Menyediakan
  1. Gaulkan kuning telur dengan nasi putih hingga sekata. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak masak, tumis kekapis kering hingga keperangan dan naik bau.
  3. Masukkan filamen ketam, sotong, udang dan daun bawang. Teruskan kacau-goreng hingga masak, kemudian masukkan telur putih dan kacau-goreng.
  4. Masukkan nasi bersalut kuning telur dan taburkan 3½ sudu besar Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Cina 72g. Kacau-goreng hingga sebati.
  5. Letakkan ebiko di atas nasi dan hidangkan panas.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
Seri-Aji® Yangchow Fried Rice Recipes
Seri-Aji® Yangchow Fried Rice Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg