Nasi Goreng Nanas

20 minit

5 Hidangan

Resipi Nasi Goreng yang mudah dan ringkas untuk di masak dengan menggunakan perencah Nasi Goreng Ikan Bilis Seri-Aji®. Nasi Goreng Nanas ini sangat sesuai dihidangkan ketika bersahur di bulan Ramadan atau sarapan kerana lengkap dengan sumber protein seperti Udang, Sotong dan Telur serta rasa unik daripada buah Nanas di dalamnya yang mampu memberi tenaga yang penuh dalam menjalankan aktiviti seharian.

¼ cawan | Minyak masak |
½ biji | Bawang kuning, dicincang |
150 g | Nanas, dipotong kiub kecil |
5 ekor | Udang (bersaiz sederhana), dibuang kulit dan dipotong kiub |
3 ekor | Sotong (bersaiz sederhana), dipotong cincin |
2 biji | Telur |
550 g | Nasi putih |
1 paket | Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Bilis 26g |
2 helai | Daun bawang, dihiris |

- Panaskan minyak masak di dalam kuali, tumis bawang kuning sehingga kekuningan dan naik bau.
- Masukkan nanas, udang dan sotong, kacau-goreng dan masukkan telur, biarkan separuh masak dan kacau rata.
- Masukkan nasi dan Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Bilis 26g. Kacau-goreng sehingga sekata.
- Masukkan daun bawang dan gaul rata.
- Sedia untuk dihidang.


