Nasi Goreng Tuna

20 minit

5 Hidangan

Resipi Nasi Goreng yang mudah dan ringkas untuk di masak dengan menggunakan perencah Nasi Goreng Kampung Seri-Aji®. Nasi Goreng ini juga berbeza kerana mengandungi ikan Tuna dan kemanisan daripada sayur Kubis sebagai bahan utama untuk menghasilkan Nasi Goreng Tuna yang berkhasiat dan lazat.

4 sudu besar | Minyak masak |
½ biji | Cili merah, dihiris |
1 tin | Isi ikan tuna kepingan, ditos |
100 g | Kubis, dihiris nipis |
550 g | Nasi putih |
1 paket | Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Kampung 26g |
½ biji | Limau nipis |

- Panaskan minyak di dalam kuali, tumis cili merah dan isi ikan tuna sehingga keperangan.
- Masukkan kubis, kacau-goreng sehingga sedikit layu.
- Masukkan nasi dan Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Ikan Kampung 26g. Kacau-goreng sehingga sekata.
- Perah limau nipis, gaul rata. Sedia untuk dihidang.


