Nasi Goreng Udang Mentega

20 minit

5 Hidangan

Resipi Nasi Goreng yang mudah dan ringkas untuk di masak dengan menggunakan perencah Nasi Goreng Cina Seri-Aji®. Nasi Goreng ini juga berbeza kerana udang ditumis bersama mentega dan dibalut bersama telur seperti Nasi Goreng Pattaya. Ini menjadikan Nasi Goreng Udang Mentega ini menjadi lazat dan mengenyangkan.

150 gm | Mentega |
½ no | Cili merah, dihiris nipis |
200 gm | Udang, dikupas kulit, dipotong dadu |
2 biji | Telur |
550 gm | Nasi putih |
1 paket | SERI-AJI® Perencah Nasi Goreng Cina 26g |
150 gm | Kailan muda, dibersihkan, dihiris |
Balutan Telur
5 biji | Telur, dipukul |

- Cairkan mentega di dalam kuali, tumis cili sehingga garing.
- Masukkan udang, kacau-goreng sehingga hampir masak dan masukkan telur, biarkan separuh masak dan kacau rata.
- Masukkan nasi dan SERI-AJI® Perencah Nasi Goreng Cina 26g. Kacau-goreng sehingga sekata.
- Masukkan kailan muda, kacau-goreng sehingga kalian muda layu dan sebati.
Balutan Telur (untuk 5 orang)
- Panaskan minyak di dalam kuali tanpa lekat dan tuang 1 senduk telur, goreng sehingga kedua-dua belah telur masak dan keperangan. Ketepikan.
- Senduk nasi goreng kedalam mangkuk, tekap di atas telur goreng, dan balut seperti balutan nasi lemak. Sedia untuk dihidang.


