Nasi Istimewa dalam Balutan Telur Dadar

Nasi Istimewa dalam Balutan Telur Dadar
Description
Keterangan Resipi

Semua orang suka telur dadar. Cuba masak nasi goreng emas beraroma ini dengan bahan ramuan segar dari ladang, dan tambahkan Perencah Lada Hitam SERI AJI®, Perencah Masak Merah SERI AJI® dan Lada Berperisa AJI-SHIO® yang saling melengkapi untuk menghasilkan hidangan sesedap ini.

Ingredients
Bahan-bahan
2 cawan Nasi
2 sudu besar Lobak merah, dipotong dadu kecil
2 sudu besar Bawang besar, dipotong dadu kecil
3 ekor Udang, dikupas kulit & dipotong dadu
1 sudu besar Halia, dihiris halus
2 sudu besar Minyak bijan

Bahan perencah (A):

1 sudu besar Perencah Masak Lada Hitam SERI-AJI®
1 sudu teh Perencah Masak Merah SERI-AJI®
¼ sudu teh Gula

Telur dadar (B):

1 sudu besar Minyak masak
2 biji Telur (Gred A), digaul dengan serenjis Lada Berperisa AJI-SHIO®, dipukul ringan

Hiasan:

1 sudu besar Daun bawang cincang
1 sudu besar Cili merah, dipotong dadu
Method
Cara Menyediakan
  1. Panaskan minyak bijan dan tumis halia hingga harum dan keemasan. Angkat dan ketepikan.
  2. Tambah masuk sedikit minyak bijan lagi, goreng bawang besar sampai naik bau. Masukkan udang dan lobak merah, kacau hingga sebati.
  3. Tambah masuk nasi dan bahan perencah (A). Terus goreng hingga sekata dan beraroma. Angkat dan ketepikan.
  4. Panaskan minyak dalam kuali leper tidak lekat. Tuang masuk campuran telur (B). Sedengkan kuali dan biar campuran itu merebak rata-rata. Goreng hingga telur menjadi pejal dan secara berhati-hati, pindahkan telur dadar ke atas sekeping pinggan rata.
  5. Cedokkan nasi goreng tadi, letak di atas telur dadar dan balut nasi itu. Pindahkan nasi dalam telur dadar ke atas sekeping pinggan untuk dihidang.
  6. Kelar secara melintang dan buka potongan itu. Taburkan halia, daun bawang dan cili merah. Hidang serta-merta.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
Seri-Aji® Black Pepper Seasoning Recipes
Seri-Aji® Black Pepper Seasoning Recipes
Seri-Aji® Masak Merah Seasoning Recipes
Seri-Aji® Masak Merah Seasoning Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg