Nasi Jintan Putih bersama Masala Kacang Kuda

Nasi Jintan Putih bersama Masala Kacang Kuda
1 jam
recipe-cook-time
4 Hidangan
Description
Keterangan Resipi

Nasi yang sangat wangi dengan aroma yang dihasilkan oleh jeera (jintan putih) dan ia lebih lengkap apabila dihidangkan bersama masala kacang kuda. Hidangan asli ini popular di kalangan masyarakat India dan rasanya yang unik pasti membangkitkan selera anda.

Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan

Calories
Calories
515 kcal
Carbohydrate
Carbohydrate
82 g
Protein
Protein
17.1 g
Fat
Fat
12.8 g
Sodium
Sodium
235.5 mg
Ingredients
Bahan-bahan

Bahan-bahan A: nasi jintan putih

2 sudu besar Mentega
1 tsp Jeera (jintan putih)
1 cup Beras basmati
2 cup Air

Bahan-bahan B: masala kacang kuda

2 sudu besar Minyak masak
2 biji Bunga cengkih
1/2 inci Kulit kayu manis
1/2 sudu kecil Bawang putih cincang
1/2 sudu kecil Pes halia
1 biji medium Bawang besar, dipotong dadu kecil
1 biji Tomato, dipotong dadu kecil
1 sudu kecil Garam masala
1 sudu kecil Rempah kari ayam
1/2 sudu kecil Serbuk lada putih
1 tin Kacang kuda, tapis dan di cuci dengan air mengalir
1/3 sudu kecil AJI-NO-MOTO®
1/3 sudu kecil Garam
Sedikit Daun ketumbar
Method
Cara Menyediakan

Cara menyediakan: nasi pintan putih

  1. Cairkan mentega, tumis jintan putih.
  2. Masukkan beras, masak di atas api kecil selama 2 minit.
  3. Masukkan air dan pindahkan ke dalam periuk nasi, biarkan sehingga masak.

Cara menyediakan: masala kacang kuda

  1. Panaskan minyak, tumis bunga cengkih dan kulit kayu manis.
  2. Kacau masuk bawang putih dan pes halia, masak sehingga naik bau.
  3. Masukkan bawang merah, masak sehingga bertukar warna putih jernih, kemudian masukkan tomato.
  4. Masukkan masala, serbuk kari dan serbuk lada putih.
  5. Masukkan kacang kuda, AJI-NO-MOTO® dan garam. Kacau rata.
  6. Hias dengan daun ketumbar dan dihidang panas bersama nasi jintan putih.

Tip: Boleh masukkan sedikit air, jika suka berkuah.

Method
Tips

Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 40% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.

Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes
AJI-NO-MOTO® Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg