Nasi Mexico

Nasi Mexico
Description
Keterangan Resipi

Ingin mencuba resepi nasi yang mudah? Jom cuba resepi Nasi Mexico yang penuh dengan gabungan rasa pelbagai bahan. Sesuai dipadankan dengan hidangan Ayam Mexico.

Ingredients
Bahan-bahan
500g Tomato, buang kulit
1 Bawang, buang kulit dan dicincang
1 ½ sudu besar Perencah Pati Ayam TUMIX®
1 sudu kecil Lada Hitam Berperisa AJI-SHIO®
½ sudu kecil Garam
1 sudu kecil Jintan kisar
150 ml Minyak sayur
1 kg Beras Basmati, ira panjang
2 Lada jalapeno atau cili merah, buang biji dan dicincang
6 ulas Bawang putih, dicincang
1 liter (4 cawan) Air
125 g Daun ketumbar, dicincang halus
2 Limau nipis, perahkan jus

Bahan-bahan: untuk hiasan

Beberapa potong Limau nipis
Method
Cara Menyediakan
  1. Masukkan tomato dan bawang dalam pengisar atau pemproses makanan dan purikan campuran sehingga sebati.
  2. Pindahkan campuran tomato ke dalam kuali sederhana saiz. Goreng kilas dengan Perencah Pati Ayam TUMIX®, Lada Hitam Berperisa AJI-SHIO®, garam dan jintan, kemudian panaskan cecair sehingga mendidih di bawah api sederhana.
  3. Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali leper di bawah api sederhana hingga sederhana tinggi. Apabila minyak membahang, masukkan beras, tumis dan kacau sekali-sekala, hingga kuning keemasan.
  4. Tambah jalapeno dan bawang putih, kemudian tumis selama 30 saat lagi.
  5. Masukkan campuran tomato, air dan beras dalam periuk nasi dan gaul rata. Biarkan ia masak.
  6. Tambah daun ketumbar dan jus limau nipis, kacau-kacau dengan garpu. Rasa dan tambah perasa jika perlu. Hidangkan dengan potongan limau nipis.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-SHIO® Flavoured Black Pepper Recipes
AJI-SHIO® Flavoured Black Pepper Recipes
TUMIX® Chicken Stock Recipes
TUMIX® Chicken Stock Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg