Nasi Special Reunion

Nasi Special Reunion
Description
Keterangan Resipi

Mencari-cari menu unik vegetarian untuk makan malam reunion semasa Tahun Baru Cina. Cuba yang ini dengan hidangan nasi yang memberi penampilan sempurna di atas meja sajian. Perencah Pati Ayam TUMIX® adalah bahan rahsia di sebalik rasa istimewanya.

Ingredients
Bahan-bahan
2 cawan Beras
2 kuntum Cendawan kering, direndam & dipotong dadu
12 butir Kacang gingko, dikupas kulit
30 g Char siu vegetarian, dipotong dadu
2 sudu besar Udang kering, direndam & dicincang
3 biji Buah arrowhead (nga kul), dipotong dadu
50 g Lobak merah, dipotong dadu
2 – 3 sudu besar Minyak bijan
3 cawan Air

Ingredient: seasoning (combined)

1 sudu besar Kicap cair
1 sudu teh Sos tiram
1/8 sudu teh Kicap pekat
¼ sudu teh Gula hingga cukup rasa
1 sudu besar Perencah Pati Ayam TUMIX®
Method
Cara Menyediakan
  1. Panaskan minyak bijan dalam kuali, tumis udang kering hingga naik bau. Tambah masuk cendawan dan lobak merah. Kacau sebati.
  2. Masukkan nasi, kacang gingko dan buah arrowhead.
  3. Tambahkan bahan-bahan perencah. Gaul sebati.
  4. Pindahkan ke dalam periuk nasi elektrik.
  5. Tekan butang “mula” dan masak. Sebaik sahaja nasi masak, tambah masuk char siu vegetarian dan campur-gaul.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-SHIO® Flavoured Black Pepper Recipes
AJI-SHIO® Flavoured Black Pepper Recipes
TUMIX® Chicken Stock Recipes
TUMIX® Chicken Stock Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg