Nasi tomato & lada benggala

Nasi tomato & lada benggala
Description
Keterangan Resipi

Anda pasti suka sajian ini, jenis masakan nasi bersama rempah asli India. Bagi menu Nasi Tomato dan Lada Benggala yang terbaik di Bandar, tentunya rasa tidak lengkap tanpa Perencah Pati Ayam TUMIX® dan Lada Berperisa AJI-SHIO®.

Ingredients
Bahan-bahan
300 g Beras basmati, direndam semalaman dan ditoskan
600 ml Air
2 sudu besar Minyak masak
2 sudu besar Pes tomato
1 biji Bawang besar, dipotong setengah lalu dihiris nipis
2 ulas Bawang putih
2 sm Halia, ditumbuk
1 biji Tomato kecil, dipotong halus
½ biji Lada benggala merah, dipotong dadu

Perencah A:

1 helai Daun salam
2 biji Bunga lawang
3 biji Buah pelaga
4 sm Kulit kayu manis

Perencah B:

1 sudu besar Perencah Pati Ayam TUMIX®
½ sudu teh Lada Berperisa AJI-SHIO®
½ sudu teh Garam
¼ sudu teh/secukup Gula

Hiasan:

½ sudu teh Lada Hitam Berperisa AJI-SHIO®
Method
Cara Menyediakan
  1. Panaskan minyak dalam kuali leper, goreng bawang, bawang putih dan halia hingga naik bau.
  2. Masukkan nasi, pes tomato dan perencah (B). Kacau-goreng 1 – 2 minit.
  3. Pindahkan ke dalam periuk nasi elektrik. Tambah masuk lada benggala, tomato yang dipotong dan bahan-bahan (A).
  4. Tuangkan air dan kacau sekata.
  5. Masak sehingga menjadi nasi, angkat.
  6. Biarkan selama 10 minit dan taburkan Lada Hitam Berperisa AJI-SHIO® untuk rasa yang lebih enak.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
AJI-SHIO® Flavoured Black Pepper Recipes
AJI-SHIO® Flavoured Black Pepper Recipes
TUMIX® Chicken Stock Recipes
TUMIX® Chicken Stock Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg