Nuget Ayam ‘Homemade’

1 jam

5


Kanak-kanak memang suka makan snek terutamanya nuget ayam. Anda boleh hasilkan sendiri nuget ayam yang sedap dan berkhasiat secara ‘homemade’ menggunakan resipi yang mudah ini. Enak dimakan begitu sahaja atau bersama sos kegemaran anda.

1 paket | Seri-Aji® Tepung Goreng Cucur 225g |
260 ml | Air |
400 g | Isi dada ayam, dipotong dadu |
1 ulas | Bawang putih |
1 biji | Bawang merah |
50 g | Lobak merah, dipotong dadu |
50 g | Brokoli, dipotong dadu |
1 biji | Telur |
Secukupnya | Minyak masak |

- Bancuh 180g Seri-Aji® Tepung Goreng Cucur dengan 260ml air, gaul rata dan ketepikan adunan.
- Masukkan dada ayam, bawang putih, bawang merah, lobak merah, brokoli dan telur kedalam pemproses makanan, bersama baki 45g Seri-Aji® Tepung Goreng Cucur. Kisar sehingga sebati.
- Tuang adunan dalam bekas anggaran setebal 1 inci dan kukus selama 20 minit.
- Biarkan ia sejuk dan potong mengikut bentuk yang diingini menggunakan acuan pemotong.
- Celupkan ke dalam adunan Seri-Aji® Tepung Goreng Cucur dan goreng hingga kekuningan.


