Nuget Ayam Sayuran Buatan Sendiri

Nuget Ayam Sayuran Buatan Sendiri
recipe-cook-time
8 hidangan
Play Video Tonton Video Memasak
Description
Keterangan Resipi

Kanak-kanak mahupun golongan dewasa sememangnya gemarkan snek ringkas terutamanya Nuget Ayam. Anda juga boleh menghasilkannya sendiri dengan mengikuti resepi Nuget Ayam Sayuran Buatan Sendiri yang mudah ini. Lebih berkhasiat dan jimat!

Ingredients
Bahan-bahan

Bahan-bahan A:

500 g Isi peha ayam
50 g Lobak merah, dikukus
50 g Brokoli, dikukus
1 biji Telur
4 sudu besar Serbuk roti
1 ½ sudu kecil AJI-SHIO® Lada Berperisa
½ sudu kecil Garam
1 cawan Tepung gandum

Bahan-bahan B: salutan

½ cawan Tepung gandum
½ cawan Tepung jagung
1 sudu kecil AJI-SHIO® Lada Berperisa
1 biji Telur
¾ cawan Air sejuk
Method
Cara Menyediakan
  1. Satukan isi peha ayam, lobak merah, brokoli, telur, serbuk roti, AJI-SHIO® Lada Berperisa dan garam di dalam pengisar makanan. Kisar sehingga menjadi pes.
  2. Di atas dulang, isikan pes di dalam penekap biskut. Keluarkan dari penekap dan ulang untuk kesemua pes. Bekukan pes ayam selama 2 jam.
  3. Di dalam mangkuk, satukan kesemua bahan (B). Gaul sehingga sebati.
  4. Panaskan minyak masak.
  5. Salutkan nugget ayam dengan tepung gandum disusuli dengan bancuhan tepung (B).
  6. Goreng nugget sehingga separuh masak dengan suhu yang panas. Tos dan sejukkan.
  7. Goreng dengan api sederhana sehingga garing dan sedia untuk dihidang.
Method
Tips
  1. Basahkan penekap dan sudu dengan air untuk memudahkan langkah membentuk.
  2. Untuk membuat nugget sejuk beku, sediakan sehingga langkah 6 dan bekukan.
  3. Selain menggunakan pengisar makanan, pes ayam boleh disediakan dengan cara mencincang.
  4. Nuget boleh disimpan pada peti sejuk beku untuk digoreng pada bila-bila masa.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg