'One Pan' Spageti
5 orang

'One Pan' Spageti

| 4 sudu besar | Minyak masak |
| 5 ulas | Bawang putih, dicincang |
| 250 g | Isi ayam, dipotong |
| 5 biji | Cendawan shitake, dihiris |
| 10 biji | Ceri tomato, dipotong dua |
| ½ sudu kecil | AJI-NO-MOTO® |
| 1 ½ sudu kecil | Garam |
| 250 g | Spageti |
| 1 liter | Air |
| 1 sudu kecil | Kepingan cili kering |
| 1 batang | Daun parsley, dicincang |

- Panaskan minyak masak, tumis bawang putih sehingga sedikit keperangan.
- Masukkan isi ayam, kacau goreng sehingga keperangan.
- Masukkan cendawan dan ceri tomato, kacau sehingga masak.
- Perasakan dengan AJI-NO-MOTO® dan garam.
- Masukkan spageti dan air. Didihkan selama 15-17 minit. Kacau sekali sekala sehingga air kering.
- Masukkan kepingan cili kering dan daun parsley, gaul rata dan hidangkan.

Jika tidak mempunyai periuk yang bersaiz besar, patahkan spageti untuk memuatkannya di dalam periuk.




