"One Pot" Nasi Makanan Laut

30 minit

4-5 Servings


Resipi ini diilhamkan oleh makanan Itali yang terkenal iaitu Paella. Resipi One Pot Nasi Makanan Laut ini disediakan dalam satu periuk yang sesuai untuk selera rakyat Malaysia. Resipi ini senang dan sedap dengan rasa makanan laut untuk semua penggemar makanan laut.

½ cawan | Minyak masak |
1 biji | Bawang merah, dicincang |
3 ulas | Bawang putih, dicincang |
½ biji | Lada Benggala Merah |
1 biji | Tomato, dipotong dadu |
Secubit | Serbuk kunyit |
2 cawan | Air |
1 paket | SERI-AJI® Perencah Nasi Goreng Ikan Bilis 26 |
1 ½ cawan | Beras |
5 ekor | Udang |
2 ekor | Sotong, dipotong |
20 ekor | Kepah |
10 batang | Kacang buncis, dipotong dadu |
2 tangkai | Daun Ketumbar, dihiris |

- Panaskan minyak masak, tumis bawang merah, bawang putih, lada benggala merah dan tomato sehingga naik bau.
- Masukkan serbuk kunyit dan kacau sebentar.
- Tuangkan air dan perasakan SERI-AJI® Perencah Nasi Goreng Ikan Bilis.
- Masukkan beras dan ratakan.
- Susun makanan laut di atas beras dan masak seperti biasa.
- Taburkan kacang buncis dan daun ketumbar. Tutup periuk selama 10 minit.
- Sedia untuk dihidang.


