Paha Ayam Bakar dengan Kentang

Produk Yang Digunakan Untuk Resipi




Paha ayam yang berjus kini rasa lebih enak jika disajikan bersama kentang bakar. Cuba hidangan ini di rumah, tambah secukup rasa Lada Berperisa AJI-SHIO®, Perencah Pati Ayam TUMIX® dan Lada Hitam Berperisa AJI-SHIO®, anda pasti terliur dengan masakan paha ayam sendiri.

Bahan-bahan:
550 – 580 g | Seluruh paha ayam, atau 2 ketul ayam |
20 g | Kepingan badam |
25 ml | Minyak zaitun |
30 g | Tepung gandum |
1 | Bawang besar, dipotong dadu |
1 ulas | Bawang putih, dipotong halus |
½ sudu teh | Daun thyme kering |
1 sudu besar | Serbuk kari perisa daging |
30 g | Lada benggala merah, dipotong dadu |
Bahan perap A:
½ sudu teh | Garam |
½ sudu teh | Lada Berperisa AJI-SHIO® |
1 sudu teh | Perencah Pati Ayam TUMIX® |
½ sudu teh | Lada Hitam Berperisa AJI-SHIO® |
2 biji | Ubi kentang, dipotong dadu |
Secukup | Air |

1.
Bakar kepingan badam di dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada suhu 180° C selama 5 – 6 minit atau sehingga perang-keemasan.
2.
Kelar ayam 2 – 3 kali secara serong dan perap dengan bahan-bahan (A) sekurang-kurangnya 20 minit.
3.
Kotkan ayam dengan tepung gandum dan singkirkan tepung lebihan.
4.
Goreng-tohor ayam, satu ketul pada setiap masa, dalam kuali leper yang mengandungi minyak zaitun panas. Goreng setiap sisi 3 – 4 minit atau sehingga sedikit keemasan. Pindahkan ayam ke satu loyang yang dialas dengan kertas aluminium.
5.
Dengan baki minyak dalam kuali leper, tumis bawang besar and bawang putih selama 2 – 3 minit, atau sehingga bawang menjadi lembut.
6.
Masukkan lada benggala dan ubi kentang. Kacau masuk serbuk kari dan daun thyme. Tambahkan baki bahan-bahan perap (A) dan sedikit air. Kacau buat seketika.
7.
Tuangkan sos bersama dengan kentang ke atas ayam. Tutup dengan kertas aluminium dan bakar pada 180°C selama 25 – 30 minit, atau sehingga ayam masak.
8.
Hias dengan kepingan badam dan sedia dihidang.
Disqus comment