Pajeri Nanas

Resepi Pajeri Nanas Sedap dan Mudah ala Kenduri
40 minit
recipe-cook-time
5 Hidangan
Description
Keterangan Resipi

Pajeri Nenas adalah hidangan sampingan yang popular untuk nasi minyak yang sering disajikan dalam majlis kenduri perkahwinan. Nenas memberikan rasa manis dan sedikit masam, manakala kuah kari memberikan rasa berkrim dan lazat.

Resepi Pajeri Nenas ini berasaskan buah tempatan. Ia adalah salah satu masakan kampung yang sangat dikenali dan digemari oleh penduduk tempatan kerana rasanya yang manis dan kuahnya yang lemak berkrim.

Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan

Calories
Calories
184.2 kcal
Carbohydrate
Carbohydrate
17.9 g
Protein
Protein
3.1 g
Fat
Fat
11.2 g
Sodium
Sodium
359.4 mg
Ingredients
Bahan-bahan

Bahan-bahan A:

3 sudu besar Minyak masak
2 tangkai Daun kari
1 batang Kulit kayu manis
3 biji Buah pelaga
3 biji Cengkih
2 kuntum Bunga lawang
2 sudu kecil Udang kering, direndam dan dicincang
2 sudu besar Serbuk kari ikan, campurkan dengan sedikit air
200 ml Air
400 g Nanas, dihiris
1/4 cawan Santan
2 sudu besar Kerisik
1 1/8 sudu kecil AJI-NO-MOTO 
1/2 sudu kecil Garam
50 g Cili hijau, potong memanjang
50 g Cili merah, memanjang

Bahan-bahan B: dikisar halus

5 biji Bawang merah
3 - 4 ulas Bawang putih
1 inci Halia

 

Method
Cara Menyediakan
  1. Panaskan minyak masak dalam kuali, masukkan daun kari, kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang, setelah naik bau, masukkan udang kering dan bahan kisar. Kacau hingga perang.
  2. Masukkan pes serbuk kari, kacau hingga naik minyak.
  3. Masukkan air dan nanas. Reneh sehingga nanas empuk dan air berkurangan.
  4. Masukkan santan dan kacau berterusan untuk mengelakkan santan pecah minyak. Setelah kuah pekat, masukkan kerisik dan perasakan secukup rasa.
  5. Akhir sekali masukkan cili merah dan hijau.
Method
Tips

Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 20% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.

Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes
AJI-NO-MOTO® Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg