Parfe Blueberry

Produk Yang Digunakan Untuk Resipi


Parfe Blueberry ini adalah pencuci mulut yang sempurna untuk dihidangkan selepas menjamu selera kerana gabungan krim keju dan inti blueberry pai yang enak. Jom cuba resepi mudah ini dirumah sekarang!

Ingredients:
5-6 keping | Biskut digestive, dikisar kasar |
½ cawan | Susu cair |
½ cawan | Susu pekat |
250 g | Krim keju, dibiar lembut |
3-4 sudu besar | Inti blueberry pai |
2-3 paket | Pemanis Kalori Rendah Pal Sweet® |

1.
Pukul krim keju hingga lembut.
2.
Masukkan susu cair, susu pekat dan Pemanis Kalori Rendah Pal Sweet®
3.
Pukul lagi hingga sebati.
4.
Taburkan selapis biskut di dalam mangkuk. Ambil sedikit krim keju, ratakan.
5.
Ratakan sedikit inti blueberry pai di atas krim keju.
6.
Sudukan biskut rata-rata, diikuti krim keju, inti blueberry pai dan biskut.
7.
Hiaskan dengan krim keju di atasnya.
Disqus comment