Pasta Penne Goreng dengan Lada Benggala dan Cendawan

Pasta Penne Goreng dengan Lada Benggala dan Cendawan
Description
Keterangan Resipi

Tidak dapat mencari hidangan seperti masakan nenek. Kini dengan Lada Hitam Berperisa AJI-SHIO® dan Perencah Pati Ayam TUMIX®, anda berpeluang merasai Penne Goreng seperti mana yang pernah rasai di masa silam.

Ingredients
Bahan-bahan
250 g Pasta penne
1 sudu teh Minyak zaitun
Serenjis Garam
1 sudu besar Mentega
1 biji Bawang besar, dihiris
1 ulas Bawang putih
1 sudu besar Daun sage, dipotong halus
100 g Paha ayam tanpa tulang, dipotong
3 kuntum Cendawan butang, dihiris
1/2 biji Lada benggala merah, dipotong dadu
3 sudu besar Krim putar
2 sudu besar Dadih

Perencah – disatukan:

1/8 sudu teh Garam
1/8 sudu teh Lada Hitam Berperisa AJI-SHIO®
3/4 sudu teh Perencah Pati Ayam TUMIX®
2 sudu besar Cuka Balsamic
125 ml Air

Hiasan:

Sedikit Pasli cincang
Beberapa renjis Lada Hitam Berperisa AJI-SHIO®
Method
Cara Menyediakan
  1. Masak pasta penne dalam air didih. Bubuh 1 sudu teh minyak zaitun dan serenjis garam. Masak hingga al dente (pejal). Toskan air dan ketepikan.
  2. Panaskan kuali leper, cairkan mentega lalu masukkan bawang besar, bawang putih dan daun sage. Goreng seketika hingga naik bau.
  3. Tambah masuk cendawan dan ayam. Terus goreng sampai sekata.
  4. Bubuh perencah dan didihkan.
  5. Masukkan pasta penne dan lada benggala. Gaul sebati dan taburkan pasli.
  6. Letak di pinggan individu, taburkan beberapa renjis Lada Hitam Berperisa AJI-SHIO® dan hidang serta-merta.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-SHIO® Flavoured Black Pepper Recipes
AJI-SHIO® Flavoured Black Pepper Recipes
TUMIX® Chicken Stock Recipes
TUMIX® Chicken Stock Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg