Penkek Makanan Laut Korea

25 minit

5


Penkek Makanan Laut Korea atau lebih dikenali sebagai ‘Pajeon’ adalah adalah penkek rangup yang lazat diperbuat daripada daun bawang, cili dan boleh juga menggunakan daun. Kemudian dicampurkan dengan pelbagai makanan laut seperti udang dan sotong. Resipi Penkek Makanan Laut Korea ini lebih mudah dimasak dan sedap menggunakan Seri-Aji® Tepung Goreng Cucur.

1 paket | Seri-Aji® Tepung Goreng Cucur 225g |
325 ml | Air |
50 g | Udang, dibersihkan, dipotong dadu |
50 g | Sotong, dipotong cincin |
Secukupnya | Minyak masak |
5 tangkai | Daun bawang, dipotong dua |
2 biji | Cili merah, dihiris |
Bahan-bahan A: sos pencicah
2 sudu besar | Kicap soya |
1 sudu besar | Cuka |
½ sudu kecil | Kepingan cili pedas |
1 sudu kecil | Biji bijan putih, disangai |
1 tangkai | Daun bawang, dihiris nipis |

- Campurgaulkan bahan-bahan (A), ketepikan.
- Bancuh Seri-Aji® Tepung Goreng Cucur 225g dengan air.
- Masukkan udang dan sotong, gaul rata.
- Panaskan minyak masak dalam kuali, tuang adunan kemudian susun daun bawang dan tabur cili merah.
- Masak selama 6 minit atau sehingga bahagian bawah garing dan keperangan. Kemudian terbalikkan penkek dan masak selama 6 minit lagi.
- Hidangkan bersama sos pencicah.


