Penkek Nasi Telur Rangup

25 minit

5 Hidangan


Jangan bazirkan baki nasi anda dan jadikan ia sebagai snek yang enak untuk dikongsi bersama keluarga. Tekstur luar yang nipis dan rangup dengan tekstur dalaman nasi yang lembut, enak dinikmati.

2 biji | Telur, bersaiz besar |
1 sudu kecil | AJI-SHIO® Lada Berperisa |
50 g | Lobak merah, dipotong dadu kecil |
2 tangkai | Daun bawang, dicincang |
200 g | Nasi putih |
Secukupnya | Minyak masak |
20 g | Biji bijan hitam |

- Pukul telur dengan AJI-SHIO® Lada Berperisa.
- Masukkan lobak merah, daun bawang dan nasi putih. Gaul sebati.
- Panaskan minyak di dalam kuali tanpa lekat. Tuang adunan ke dalam kuali.
- Biar sehingga kedua-dua bahagian masak, keperangan dan garing. Tabur biji bijan hitam. Ulang sehingga adunan habis.
- Sedia untuk dihidang.


