Popia Carbonara

Resepi Popia Carbonara
20 minit
recipe-cook-time
5 Hidangan
Play Video Tonton Video Memasak
Description
Keterangan Resipi

Jika anda sedang mencari snek makanan ringan yang lazat dan mudah, anda pasti akan menyukai Resepi Popia Carbonara ini. Dibuat dengan hanya beberapa bahan mudah, ia adalah hidangan yang enak dan berperisa yang akan dinikmati seisi keluarga.

Cara buat Popia Carbonara ini adalah dengan menggunakan mentega, bawang holland, bawang putih, cendawan butang, tepung gandum, dan susu segar bagi menggantikan sos carbonara yang diproses untuk hidangan yang lebih sihat.

Ingredients
Bahan-bahan

Bahan-bahan A:

1 tbsp Mentega
½ biji Bawang kuning, dipotong dadu
3 ulas Bawang putih, dicincang
200 g Isi ayam kisar
80 g Lobak merah, dipotong dadu
4 biji Cendawan butang, dipotong dadu
2 sudu besar Tepung gandum
1 cawan Susu segar
2 sudu kecil AJI-SHIO® Lada Berperisa

Bahan-bahan B:

15 keping Kulit popiah
2 sudu besar Tepung gandum, dicampur dengan sedikit air
Secukupnya Minyak masak
Method
Cara Menyediakan
  1. Cairkan mentega, tumis bawang kuning dan bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan ayam, lobak merah dan cendawan butang, kacau sehingga separuh masak.
  3. Masukkan tepung gandum, kacau rata.
  4. Masukkan susu segar, renehkan dan biarkan sedikit pekat.
  5. Perasakan dengan AJI-SHIO® Lada Berperisa dan biarkan sejuk.
  6. Letakkan 1 sudu inti di atas sekeping kulit popia. Balut dengan kemas dan lekatkan dengan campuran tepung gandum.
  7. Panaskan minyak masak dan gorengkan sehingga kulit popia keperangan. Sedia untuk dihidang.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg