Popiah Hailam dengan Sos Cili Buatan Sendiri

Produk Yang Digunakan Untuk Resipi



Popiah Hailam dengan Sos Cili Buatan Sendiri

Bahan-bahan:
3 kuntum | Cendawan Cina, direndam & dihiris nipis |
6 sudu besar | Minyak masak |
2 sudu teh | Bawang putih cincang |
225 g | Filet ayam, dipotong halus |
170 g | Udang, dipotong kasar |
100 g | Surimi, dicarik & dipotong kasar |
250 g | Sengkuang, diparut halus |
120 g | Lobak merah, diparut halus |
10-15 pcs | Kulit popiah |
Bahan-bahan A: perencah
1 sudu besar | Perencah Pati Ayam TUMIX® |
¼ sudu teh | AJI-NO-MOTO® |
2 sudu besar | Kicap cair |
Bahan-bahan B: disatukan
2 sudu besar | Tepung gandum |
3 sudu besar | Air |
Bahan-bahan: Sos cili buatan sendiri
4 sudu besar | Air panas |
1 sudu besar | Perencah Pati Ayam TUMIX® |
6 sudu besar | Sos cili |
3 sudu besar | Sos tomato |
2 sudu besar | Sos plum |
2 sudu besar | Bijan, dipanggang |
Cara Menyediakan: Sos cili buatan sendiri
- Campur-gaul air panas dengan Perencah Pati Ayam TUMIX® sehingga sekata.
- Tambah masuk 3 jenis sos, kacau sebati.
- Taburkan bijan panggang sebelum hidang.

1.
Rendam cendawan di dalam air panas dan hiris nipis. Angkat dan tos.
2.
Panaskan minyak, tumis bawang putih. Tambah cendawan, ayam dan udang. Kacau-goreng selama beberapa minit, tambah surimi, sengkuang dan lobak merah. Terus goreng hingga agak kering.
3.
Bubuh perencah (A). Kacau sebati dan biar menyejuk.
4.
Setelah sejuk, letak 2 sudu besar campuran inti di atas kulit popiah. Gulung kemas dan lekat bahagian hujung kulit dengan (B).
5.
Panaskan secukup minyak, goreng-celup hingga keemasan. Hidang dengan sos cili buatan sendiri.
Disqus comment