Anda sudah menjadi ahli?

Jadilah ahli kelab
yang menyeronokkan ini
untuk lebih banyak tip
masakan dan aktiviti PERCUMA

hubungi-kami

Pucuk Paku Goreng

Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-SHIO® Flavoured Pepper AJI-SHIO® Flavoured Black Pepper Pal Sweet® TUMIX® Anchovy Stock
Ajinomoto Malaysia
Keterangan Resipi

Resepi Pucuk Paku Goreng yang mudah ini sangat digemari oleh rakyat Malaysia. Ianya dapat membangkitkan selera makan anda.

Bahan-bahan
Bahan-bahan:
1 ikat Pucuk paku
2 – 3 sudu besar Minyak masak
100 g Udang, dibuang kulit
½ biji Bawang besar, dipotong ketul
1 biji Cili merah, dibuang biji dan dipotong jalur halus
1 paket kecil Pemanis Pal Sweet®
Bahan-bahan A: dikisar halus
3 biji Bawang merah
2 ulas Bawang putih
3 – 4 tangkai Cili padi
½ biji Bawang besar, dicincang kasar
20 g Ikan bilis, dibilas
Sedikit Air atau secukup
Bahan-bahan B: perasa
1 sudu kecil Perencah Pati Ikan Bilis TUMIX®
¼ sudu kecil Lada Hitam Berperisa AJI SHIO®
Secukup rasa Lada Berperisa AJI SHIO®
100 – 125 ml Air
Cara Menyediakan
1. Petik bahagian lembut pucuk paku dan buangkan batang yang keras. Cuci bersih.
2. Panaskan 2 – 3 sudu besar minyak dalam kuali, masukkan bahan kisar (A). Goreng hingga naik bau.
3. Masukkan udang dan kacau rata.
4. Masukkan pucuk paku, goreng hingga sebati.
5. Masukkan bahan-bahan perasa (B), bawang besar dan cili merah, terus menggoreng sehingga sayur masak. Padamkan api.
6. Masukkan Pemanis Pal Sweet®, gaul rata dan hidangkan segera.
Kembali ke Senarai Resipi
Ajinomoto Product