Pucuk Ubi dan Labu Masak Lemak
40 minit
6 Hidangan
Keterangan Resipi
Labu Masak Lemak dan Pucuk Ubi Masak Lemak adalah hidangan tradisional masyarakat Melayu yang amat digemari penduduk di Malaysia. Ia adalah hidangan yang mengenyangkan dan juga merupakan sumber yang baik untuk vitamin dan mineral.
Resepi Pucuk Ubi dan Labu Masak Lemak ini adalah salah satu masakan kampung yang paling mudah disediakan yang sesuai untuk semua golongan terutamanya golongan warga emas. Ia adalah hidangan lazat lagi berkhasiat untuk dihidangkan bersama nasi putih, ikan goreng dan sambal belacan.
Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan
Calories
105 kcal
Carbohydrate
11.4 g
Protein
3.8 g
Fat
4.9 g
Sodium
341.30 mg
Bahan-bahan
4 biji | Bawang merah dihiris |
3 ulas | Bawang putih dihiris |
10 g | Ikan bilis |
300 g | Labu kuning dipotong dadu |
150 g | Pucuk ubi |
500 ml | Air |
½ cawan | Santan |
1 1/8 sudu kecil | AJI-NO-MOTO® |
1/2 sudu kecil | Garam |
Cara Menyediakan
- Rebus pucuk ubi sehingga separuh lembut, tapis pucuk ubi dan buangkan air.
- Satukan bawang merah, bawang putih, ikan bilis, labu, pucuk ubi dan air. Reneh sehingga labu empuk.
- Masukkan santan dan perasakan secukup rasa. Sedia untuk dihidangkan.
Tips
Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 18% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes