Puding Koktel Buah-Buahan

Produk Yang Digunakan Untuk Resipi


6 Hidangan

Puding Koktel Buah-Buahan ini sangat sesuai dihidangkan ketika sejuk kerana pudingnya yang lembut dan buah-buahan pelbagai warna. Resepi pencuci mulut ini juga mudah disediakan.

Bahan-bahan :
500 ml | Air |
6 g | Agar-agar |
250 ml | Susu sejat |
1 sudu kecil | Esen vanila |
14 paket kecil | Pemanis Pal Sweet® |
50 g | Buah-buahan campuran di dalam tin, dipotong kecil |
50 g | Buah laici, dipotong kecil |
50 g | Nenas, dipotong kecil |
50 g | Nata de Coco, dipotong kecil |

1.
Didihkan air dan agar-agar.
2.
Apabila agar-agar telah larut, masukkan susu sejat dan esen vanila. Kacau sebati.
3.
Padamkan api, masukkan Pemanis Pal-Sweet®. Kacau rata dan tapiskan campuran agar-agar.
4.
Letak buah-buahan dan nata de coco di dalam acuan, tuangkan campuran agar-agar, biarkan sejuk seketika dan masukkan ke dalam peti sejuk selama 3 jam.
5.
Keluarkan pudding dari acuan, sedia untuk dihidang.
Disqus comment