Quiche Mini Ayam & Sayuran

Quiche Mini Ayam & Sayuran
30 minit
recipe-cook-time
5 Hidangan
Play Video Tonton Video Memasak
Description
Keterangan Resipi

Pai savori dengan ayam dan sayuran. Mudah untuk disediakan oleh ibu dirumah. Hidangan yang sihat untuk dijadikan snek ataupun makanan utama yang cepat.

Ingredients
Bahan-bahan

Bahan-bahan A:

3 ulas Bawang putih, dicincang
200 g Isi ayam kisar
80 g Lobak merah, dipotong dadu
3 biji Cendawan butang, dihiris
100 g Bayam
1 biji Cili merah, dihiris
¼ sudu kecil AJI-NO-MOTO®
½ sudu besar Kicap cair
10 pcs Pastri rapuh
1 sudu besar sudu besar

Bahan-bahan B:

¾ cawan Susu
¼ sudu kecil AJI-NO-MOTO®
¼ sudu kecil Garam
1 sudu besar Kicap Cair
3 biji Telur
   
Method
Cara Menyediakan
  1. Panaskan minyak masak, tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan isi ayam dan lobak merah, tumis sehingga separuh masak.
  2. Tambahkan cendawan, bayam dan cili merah.
  3. Perasakan dengan AJI-NO-MOTO® dan kicap cair. Gaul sehingga kering dan ketepikan.
  4. Satukan bahan-bahan (B) dan gaul rata.
  5. Lapiskan pastri lapis di dalam dulang membakar muffin.
  6. Letakkan sedikit tumisan sayur dan tuangkan campuran bahan-bahan (B).
  7. Bakar di dalam oven dengan suhu 180°c, selama 25 minit. 
  8. Keluarkan dari ketuhar dan sedia untuk dihidang.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes
AJI-NO-MOTO® Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg