Ragout Cendawan dalam Puff Pastry


Resepi Ragout Cendawan dalam Puff Pastry ini penuh dengan ayam berkrim dan kuah cendawan yang enak. Hidangan yang sempurna untuk sarapan ataupun minum petang.

3 sudu besar | Minyak zaitun |
200 g | Cendawan gourmet |
200 g | Cendawan shiitake, dihiris |
200 g | Cendawan tiram, batang dibuang |
1 biji (sederhana) | Bawang besar, dicincang |
2 ulas | Bawang putih, dicincang |
2 sudu teh | Perencah Masak Lada Hitam SERI-AJI® |
2 sudu teh | Perencah Pati Ayam TUMIX® (digaul dengan 1 cawan air panas) |
½ cawan/125 ml | Krim putar |
1 sudu teh | Daun thyme, dicincang |
20 ketul | Puff pastry sedia guna |

- Panaskan kuali leper besar di atas api sederhana.
- Setelah panas, tambah secukup minyak zaitun untuk menutupi dasar kuali.
- Tambah semua jenis cendawan dan tumis kira-kira 5 minit hingga kecut dan kuning-keemasan.
- Masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis selama 3 minit lagi hingga bawang besar menjadi lembut.
- Tambah rasa dengan Perencah Masak Lada Hitam SERI-AJI®.
- Tuangkan air Perencah Pati Ayam TUMIX® dan krim putar. Masak hingga campuran dikurangkan sebanyak ¾.
- Taburkan daun thyme cincang. Padam api dan biar menyejuk seketika.
- Letak cendawan di atas puff pastry dan hidang.
- Daun thyme boleh diganti dengan daun sup ataupun daun ketumbar.




