Rempeyek

Anda sudah menjadi ahli?

Jadilah ahli kelab
yang menyeronokkan ini
untuk lebih banyak tip
masakan dan aktiviti PERCUMA

Bahan-bahan:
1 biji Telur, dipukul
½ biji Kelapa, perah 22 ml santan & simpan ½ cawan santan jika perlu
150 g Kacang tanah
50 g Ikan bilis
Bahan-bahan A:
200 g Tepung beras
4 sudu besar Tepung ubi kayu
4 helai Daun limau purut, dihiris nipis-nipis
2 sudu teh Perencah Pati Ikan Bilis TUMIX®
1 sudu teh Lada Hitam Berperisa AJI-SHIO®
1 sudu besar Air kapur sirih
Bahan-bahan B: digiling ataupun dikisar kasar
1 sudu besar Jintan putih
1 sudu besar Jintan manis
1 sudu besar Biji ketumbar
3 ulas Bawang putih
3 biji Buah keras
Cara Menyediakan
  1. Campur-gaulkan semua bahan (A) dan (B) dalam mangkuk, kacau sebati.
  2. Secara perlahan-lahan, tambah masuk telur dan santan. Kacau sekata sehingga menjadi adunan cair.
  3. Panaskan minyak dalam kuali. Setelah panas, letakkan acuan di dalam minyak. Apabila acuan menjadi panas, tuangkan sedikit adunan ke dalam acuan dan tabur sedikit kacang tanah dan ikan bilis di atas. Goreng dalam minyak sehingga adunan tertanggal dari acuan. Terus goreng hingga keperangan.
  4. Secara alternatif, gaulkan kacang tanah dan ikan bilis ke dalam adunan. Tuangkan adunan di tepi-tepi kuali leper, biarkannya tanggal dari kuali. Kemudian goreng hingga keperangan.

Kongsi Artikel Ini