Rempeyek
Keterangan Resipi
Resepi Rempeyek adalah menu tradisi yang popular dan digemari semua ketika musim perayaan kerana kerangupan dan cara penyediaannya yang mudah.
Bahan-bahan
1 biji | Telur, dipukul |
½ biji | Kelapa, perah 22 ml santan & simpan ½ cawan santan jika perlu |
150 g | Kacang tanah |
50 g | Ikan bilis |
Bahan-bahan A:
200 g | Tepung beras |
4 sudu besar | Tepung ubi kayu |
4 helai | Daun limau purut, dihiris nipis-nipis |
2 sudu teh | Perencah Pati Ikan Bilis TUMIX® |
1 sudu teh | Lada Hitam Berperisa AJI-SHIO® |
1 sudu besar | Air kapur sirih |
Bahan-bahan B: digiling ataupun dikisar kasar
1 sudu besar | Jintan putih |
1 sudu besar | Jintan manis |
1 sudu besar | Biji ketumbar |
3 ulas | Bawang putih |
3 biji | Buah keras |
Cara Menyediakan
- Campur-gaulkan semua bahan (A) dan (B) dalam mangkuk, kacau sebati.
- Secara perlahan-lahan, tambah masuk telur dan santan. Kacau sekata sehingga menjadi adunan cair.
- Panaskan minyak dalam kuali. Setelah panas, letakkan acuan di dalam minyak. Apabila acuan menjadi panas, tuangkan sedikit adunan ke dalam acuan dan tabur sedikit kacang tanah dan ikan bilis di atas. Goreng dalam minyak sehingga adunan tertanggal dari acuan. Terus goreng hingga keperangan.
- Secara alternatif, gaulkan kacang tanah dan ikan bilis ke dalam adunan. Tuangkan adunan di tepi-tepi kuali leper, biarkannya tanggal dari kuali. Kemudian goreng hingga keperangan.
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-SHIO® Flavoured Black Pepper Recipes
TUMIX® Anchovy Stock Recipes