Rendang Ayam Mudah

Resepi Rendang Ayam Mudah dan Sedap
1 jam 20 minit
recipe-cook-time
7 Hidangan
Description
Keterangan Resipi

Rendang ayam adalah hidangan tradisional dari Malaysia dan Indonesia. Cara buat rendang ayam ialah dengan memasak ayam bersama santan kelapa dan campuran rempah menggunakan api perlahan. 

Resepi Rendang Ayam yang mudah dan sedap ini lebih sihat kerana kurang penggunaan garam dan menjadikannya sesuai untuk dihidangkan bersama Roti Jala, Nasi Lemak, Ketupat, Lemang dan banyak lagi.

Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan

Calories
Calories
271.7 kcal
Carbohydrate
Carbohydrate
6.4 g
Protein
Protein
26.5 g
Fat
Fat
15.6 g
Sodium
Sodium
425.4 mg
Ingredients
Bahan-bahan
800g Ayam, dipotong 
1 cawan Santan kelapa
1 cawan Air
1 keping Asam keping
1 sudu kecil AJI-NO-MOTO® Perencah Umami
¾ sudu kecil Garam
1 helai Daun kunyit, dipotong halus
2 sudu besar Kerisik

Bahan-bahan A: kisar halus

2 sudu besar Minyak masak
3 sudu besar Air
1 biji Bawang besar
3 biji Bawang kecil
2 ulas Bawang putih
1 inci Lengkuas
1 inci Halia
½ inci Kunyit Hidup
1 batang Serai
1 sudu besar Pes cili
Method
Cara Menyediakan
  1. Tuangkan bahan kisar (A) kedalam kuali.
  2. Masukkan ayam, santan, air, asam keping, AJI-NO-MOTO® dan garam.
  3. Biar masak sehingga mendidih dan tutup dengan penutup. Kecilkan api dan biarkan mereneh.
  4. Kacau sekali sekala. Apabila ayam sudah masak, masukkan daun kunyit dan kerisik.
  5. Biar sehingga kuah agak pekat. Sedia dihidang.
Method
Tips

Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 21% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.

Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes
AJI-NO-MOTO® Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg